WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mendapat sokongan meluas dari negara serantau termasuk Mesir, Qatar, Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu bagi draf resolusi terbaharu berhubung Gaza, di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurut Misi AS ke PBB, mesyuarat peringkat tinggi yang dipengerusikan Duta Besar Michael Waltz bersama 10 anggota bukan tetap Majlis Keselamatan itu membincangkan pelan 20 perkara Gaza yang dicadangkan Presiden AS Donald Trump.
Draf resolusi tersebut mencadangkan penubuhan Lembaga Keamanan dan Pasukan Penstabilan Antarabangsa untuk membantu memulihkan kestabilan serta mempercepat penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.
AS menyifatkan kerjasama negara serantau itu sebagai “tanda sokongan penting” terhadap usaha menamatkan konflik dan membina keamanan jangka panjang di Timur Tengah.
Resolusi berkenaan dijangka dibentang untuk undian Majlis Keselamatan dalam masa terdekat.
Sumber: BERNAMA-Anadolu
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back
BILIK BERITA CATS
06 November 2025 | 02:13 PM