• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

06 November 2025 | 02:12 PM

Sarawak Sasar 50 Peratus Graduan IPS Jadi Usahawan Tani

KUCHING - Kerajaan Sarawak menyasarkan sekurang-kurangnya 50 peratus graduan Institut Pertanian Sarawak (IPS) menjadi usahawan, berbanding hanya empat peratus ketika ini.

Sasaran itu sejajar dengan usaha kerajaan negeri untuk melahirkan lebih ramai usahawan tani atau agropreneur dalam kalangan belia yang mampu menjana pendapatan sendiri serta menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian negeri.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata tujuan utama institut itu bukan sekadar untuk graduan mencari pendapatan, tetapi untuk mencipta peluang menjana pendapatan.

Justeru, beliau menggesa graduan IPS menggunakan pengalaman dan pengetahuan yang ada untuk menjana pendapatan, bukan sekadar bergantung kepada pekerjaan kerana keadaan tidak akan berubah dan transformasi sektor pertanian tidak akan tercapai.

Tegasnya, perubahan minda dalam kalangan pelajar amat penting bagi memastikan agenda transformasi warga tani di Sarawak dapat direalisasikan.

Dato Sri Rundi berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-20 IPS di Kuching hari ini.

Sejak 1985, IPS telah melahirkan 2,223 orang graduan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok