• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

06 November 2025 | 02:10 PM

WHO Lancar Kempen Vaksinasi Besar-Besaran di Gaza Mulai Ahad Ini

TEL AVIV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan memulakan kempen vaksinasi besar-besaran di Semenanjung Gaza pada Ahad ini (9 November), melibatkan kira-kira 44,000 kanak-kanak yang terlepas imunisasi sejak dua tahun serangan Israel.

Dalam tempoh 10 hari, kanak-kanak berkenaan akan menerima vaksin bagi penyakit campak, beguk, rubela dan polio, manakala dos susulan dijadualkan pada Januari depan.

Kempen itu dijalankan susulan penemuan virus polio di Gaza dan selepas usaha vaksinasi terdahulu semasa gencatan senjata pada 2024 dan awal 2025.

WHO menganggarkan sekitar 20 peratus kanak-kanak bawah lima tahun di Gaza tidak pernah menerima vaksin lengkap akibat konflik berpanjangan.

Serentak itu, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) akan menilai tahap kekurangan zat makanan bagi mempercepat bantuan kepada golongan berisiko.

Sebelum serangan Israel, kadar vaksinasi di Gaza mencapai 98 peratus namun kini menurun bawah 70 peratus.

Sumber: BERNAMA-dpa
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok