BARAM - Seorang pekerja kapal warga India dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Hilir Kampung Kuala Tutoh, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa dikenali sebagai Prashant, 21 tahun, dilaporkan mandi di sungai tidak jauh dari kapal.
Ribut kuat telah menyebabkan kapal berkenaan beralih ke tengah sungai dan memaksa mangsa berenang sejauh kira-kira 30 meter untuk kembali ke kapal.
Namun, ketika berenang, mangsa tiba-tiba hilang daripada pandangan saksi. Kedalaman sungai di lokasi kejadian dianggarkan mencecah sembilan meter.
Sungai itu dipercayai pernah dihuni empat ekor buaya sebelum ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back
BILIK BERITA CATS
06 November 2025 | 02:09 PM