LAWAS - Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandu terbabas lalu terbalik di Jalan Sarawak-Sabah Link Road (SSLR), Beriwen sekitar jam 12 tengah hari tadi.
Akibat kemalangan itu, mangsa, Tamit Jamal berusia 35 tahun tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.
Anggota Bomba bertindak mengeluarkan mangsa dari kenderaan itu menggunakan peralatan khas.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

BILIK BERITA CATS

18 September 2025 | 04:47 PM