KUALA LUMPUR - Sebuah penerbangan Malaysia Airlines, MH102 dari Kuala Lumpur ke Dhaka, Bangladesh, terpaksa dilencongkan selepas juruterbang mengisytiharkan kecemasan pada Khamis pagi, 18 Sept.
Memetik laporan Astro Awani, pesawat Boeing 737-800 (9M-MLN) itu berlepas dari KLIA pada jam 9:30 pagi dan sedang terbang pada ketinggian 36,000 kaki di ruang udara Myanmar sebelum membuat pusingan kecemasan ke Thailand.
Pesawat tersebut selamat mendarat di Lapangan Terbang Bangkok Suvarnabhumi kira-kira dua jam selepas berlepas.
Orang ramai, khususnya keluarga penumpang, dinasihatkan menunggu kenyataan rasmi pihak berkuasa.
Sumber: Astro AWANI
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

BILIK BERITA CATS

18 September 2025 | 04:46 PM