KUANTAN – Kemalangan membabitkan pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Kuantan pada 21 Ogos lalu disahkan berpunca daripada pelanggaran dengan seekor burung bangau.
Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata, hasil siasatan mendapati pelanggaran itu menyebabkan kegagalan fungsi enjin kiri pesawat ketika berlepas.
Kedua-dua anak kapal berjaya menyelamatkan diri selepas melompat keluar kira-kira 50 meter daripada pesawat.
Juruterbang Mejar Mohamad Azhar Alang Kamarudin, 34, dan jurusensor senjata Kapten Mohamad Izzuddin Mohamad Salleh, 28, kini sedang dalam proses pemulihan dan dijangka kembali bertugas pada 2 Okt ini.
Datuk Seri Muhamad Norazlan menegaskan pengoperasian pesawat F/A-18D Hornet akan diteruskan seperti biasa selepas pemeriksaan menyeluruh dan latihan penerbangan dijalankan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

BILIK BERITA CATS

18 September 2025 | 04:44 PM