KUCHING – Satu infografik bertajuk “The Future Economy of Sarawak: Oil & Gas Economy, E-Invoicing, GST Versus SST” dilancar bagi memberi gambaran menyeluruh mengenai hala tuju ekonomi negeri ini.
Infografik berkenaan mengetengahkan beberapa aspek utama termasuk pembangunan sumber, reformasi fiskal, transformasi digital dan pertumbuhan mampan yang dilihat bakal memacu ekonomi Sarawak ke arah lebih berdaya saing.
Menurut kenyataan The Sarawak Initiatives hari ini, bahan tersebut diharap dapat memberi manfaat kepada masyarakat dengan menyediakan ringkasan peluang serta cabaran yang bakal membentuk masa depan ekonomi negeri.
Majlis berkenaan terbuka kepada orang ramai secara percuma dengan konsep 'first come, first serve' kerana tempat duduk adalah terhad.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Ms. Linda di talian 019-8767928 atau melayari laman rasmi di The Sarawak Initiatives.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

BILIK BERITA CATS

18 September 2025 | 04:43 PM