KUCHING – Industri kelapa sawit kekal sebagai tonggak penting ekonomi Sarawak, terutama dalam menyumbang kepada pembangunan luar bandar, membuka peluang pekerjaan serta meningkatkan pendapatan eksport negeri.
Pengerusi Persatuan Pemilik Ladang Sawit Sarawak (SOPPOA), Joseph Blandoi, berkata perkembangan dasar, peraturan serta tuntutan pasaran global yang semakin pesat menuntut penyelarasan berterusan antara kerajaan dan pemain industri.
Menurutnya, Forum Libat Urus SOPPOA–Kerajaan 2025 yang diadakan buat julung kali hari ini menjadi platform rasmi bagi kedua-dua pihak berkongsi maklumat dasar, membincangkan cabaran serta mencari penyelesaian bersama.
Tegasnya lagi, SOPPOA berperanan sebagai suara sektor perladangan sawit negeri dengan mewakili syarikat besar serta pemain kecil dan sederhana.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

BILIK BERITA CATS

18 September 2025 | 04:41 PM