KUCHING, 16 Jun: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan menaik taraf tandas di Pasar Batu 3.
Pengerusinya, Tan Kai berkata tandas itu telah uzur dan memerlukan kerja-kerja naik taraf secara menyeluruh.
Beliau berkata MPP telah mendapatkan peruntukan pada tahun ini bagi menaik taraf keseluruhan tandas tersebut.
Katanya, kerja-kerja menaik taraf itu akan melibatkan pembinaan bilik tandas baharu, pemasangan jubin baharu, penggantian tingkap dan pintu, pemasangan siling baharu, peningkatan kelengkapan sanitasi, pemasangan meja dengan sinki basuh tangan, kerja-kerja paip dan pemasangan lampu.
Tan Kai berkata demikian ketika menyerahkan projek itu kepada kontraktor yang dilantik di Kuching hari ini.
Ujarnya, MPP memberi jaminan kepada para peniaga dan pengunjung pasar bahawa isu tandas itu sedang ditangani dengan segera dan terus komited menambah baik kemudahan awam di bawah seliaannya.
#BilikBeritaCATS #CATSFM