• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 June 2025 | 02:50 PM

UNIMAS Tawar 98 Kursus Percuma Sempena Minggu Latihan Kebangsaan 2025

Kota Samarahan, 16 Jun: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan menawarkan sebanyak 98 kursus percuma sepanjang minggu ini bersempena Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2025.

NTW pada tahun ini dijadual berlangsung selama seminggu, bermula 14 hingga 21 Jun, dengan melibatkan pelbagai program latihan percuma di seluruh negara.

Ketua Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) Wilayah Sarawak, Tuty Bujang berkata, Sarawak telah mencatatkan penyertaan seramai 300 ribu peserta untuk NTW setakat ini.

Katanya, penyertaan tersebut bukan sahaja melibatkan anak-anak Sarawak, malah turut menarik minat peserta dari negara-negara ASEAN.

Untuk itu, beliau menyifatkan jumlah tersebut sebagai satu pencapaian yang sangat memberangsangkan bagi pelaksanaan NTW di Sarawak, tahun ini.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Pelancaran Rasmi Rakan Kerjasama Berimpak Tinggi Wilayah Sarawak sempena NTW 2025, di UNIMAS hari ini.

Sementara itu, beliau ketika ditemui media menjelaskan bahawa, NTW menyasarkan penyertaan dari semua lapisan masyarakat.

Ia merangkumi kanak-kanak tadika hinggalah ke warga emas, dengan pelbagai kursus disediakan secara percuma selama seminggu.

Untuk rekod, setakat hari pelancaran rasmi NTW pada 14 Jun lalu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, jumlah penyertaan NTW 2025 di seluruh negara telah melebihi 2 juta orang, dengan lebih 71 ribu kursus ditawarkan.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok