• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 June 2025 | 02:47 PM

Rumah Musnah Sepenuhnya Dalam Kebakaran di Kampung STC, Sri Aman

SIMANGGANG, 16 Jun - Sebuah rumah di Kampung STC Jalan Rambutan, di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam kenyataannya berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 11.53 pagi daripada penduduk setempat.

“Sembilan anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Noor Faqriakmal Jamari dikerahkan dan setibanya di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah tidak kekal yang telah musnah terbakar 100 peratus.

“Kebakaran turut melibatkan sebuah kereta jenis Mercedes-Benz yang mengalami kerosakan di bahagian hadapan dengan anggaran kemusnahan sekitar 15 peratus,” katanya.

Bagaimanapun, semua penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri sebelum api marak.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok