KUCHING, 16 Jun 2025 – Permohonan bagi menyertai TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp (TPAB) 2025 kini dibuka sehingga 13 Julai ini, kata Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.
Datuk Len yang juga Pengerusi Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dalam satu kenyataan media hari ini memberitahu program intensif enam hari itu akan berlangsung pada 18 hingga 23 Ogos di TEGAS Digital Village, dan terbuka kepada usahawan pemula (startup) peringkat awal yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengasas anak Sarawak.
Buat pertama kali, menurut kenyataan itu lagi, TEGAS bekerjasama dengan Growth Charger bagi membimbing peserta melalui bengkel, sesi pelabur, pembangunan model perniagaan dan Hari Demo Akhir.
Lima startup terbaik akan menerima sokongan lanjutan selama enam bulan termasuk bimbingan, padanan pelabur dan akses sumber ekosistem.
Tambah kenyataan itu, permohonan masih terbuka dan boleh dibuat di laman web rasmi: [www.tegas.org.my/tpab](http://www.tegas.org.my/tpab).
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

16 June 2025 | 02:12 PM