• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 June 2025 | 02:10 PM

Sindiket Dadah Tumpas di Sibu, Rampasan dan Sitaan Cecah RM8.53 Juta

SIBU, 16 Jun - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di Sibu dengan jumlah keseluruhan rampasan dan sitaan kira-kira RM8.53 juta.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, kejayaan itu hasil operasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu pada 12 dan 13 Jun lalu.

“ Serbuan dilakukan di tiga lokasi berasingan iaitu di tepi sebuah kedai di Pusat Pedada serta dua rumah teres di Lorong Permai Jaya, yang membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 52 tahun dan seorang wanita berusia 44 tahun.

“Hasil penahanan suspek membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM532,934.40, termasuk 7,086.7 gram syabu, 2,078.9 gram ketamin dan 2,022.6 gram pil Erimin 5,” katanya pada sidang media di Sibu hari ini.

Turut disita adalah pelbagai harta dipercayai milik sindiket berjumlah RM7.99 juta, antaranya wang tunai RM5.15 juta, empat keping jongkong emas, barangan kemas, tiga utas jam tangan mewah jenama Rolex serta tiga kenderaan jenis Lexus RX350F Sport, Lexus ES250 dan Toyota Vios.

“Polis turut merampas beberapa kad bank, kunci dan peralatan pembungkusan dadah untuk siasatan lanjut,” katanya.

Dato Mancha memberitahu, sindiket itu mendapatkan bekalan dari Semenanjung melalui perkhidmatan kurier untuk pasaran tempatan Sarawak, dan dadah yang dirampas dianggarkan mampu menjejaskan hampir 50,000 penagih sekiranya terlepas ke pasaran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

“Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari bermula 13 hingga 20 Jun bagi membantu siasatan,”ujarnya.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok