KAPIT, 16 Jun - Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi mencadangkan kepada kepada Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk Jefferson Jamit Unyat agar menetapkan satu tempoh khusus bagi penganjuran majlis ‘Ngiling Bidai’ sebagai usaha menyelaraskan pelaksanaan adat tersebut dengan lebih teratur dan berkesan.
Dato Sri Alexander pada majlis Ngiling Bidai Rumah Steward Saba di Tatai Emas Sungai Amang dekat Kapit pada Ahad menjelaskan, terdapat keperluan menetapkan bulan khusus bagi sambutan penutup Gawai Dayak agar tidak berlanjutan terlalu lama.
Menurutnya lagi, tarikh akhir rasmi bagi 'Ngiling Bidai' di sesetengah rumah panjang perlu ditetapkan bagi memberi fokus kepada usaha membangunkan masyarakat, negeri serta negara ini.
Pada masa sama Nanta mengingatkan masyarakat Dayak untuk terus mengekalkan adat serta budaya kerana ia menjadi tonggak kepada hidup aman serta harmoni masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

16 June 2025 | 02:07 PM