• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 May 2025 | 10:30 AM

DUN Sarawak Lulus RUU Pihak Berkuasa Tempatan (Pindaan) 2025

KUCHING, 21 Mei – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pihak Berkuasa Tempatan (Pindaan) 2025 pada persidangan yang berlangsung semalam, sebagai satu usaha memperkukuh tadbir urus kerajaan tempatan sejajar dengan keperluan semasa rakyat.

Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, mengumumkan kelulusan itu selepas menerima sokongan majoriti ahli dewan.

RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian, yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dalam bacaan kali kedua pada Persidangan DUN Ke-19.

Antara pindaan penting yang diluluskan termasuk, Pindaan Seksyen 10, 10A dan 11 iaitu menambah bilangan Ahli Majlis daripada 30 kepada 33 orang bagi Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Bandaraya Miri, Majlis Perbandaran Sibu, Majlis Perbandaran Padawan dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan.

Selain itu, katanya, Pindaan Seksyen 172A yang mana memberi kuasa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk meminda semua jadual dalam ordinan.

Menurut Dr Sim, kesemua 27 majlis tempatan termasuk tiga majlis baharu iaitu Majlis Daerah Gedong, Sebuyau dan Siburan, kini mengamalkan sistem perwakilan Ahli Majlis yang membolehkan komuniti mendapat suara dalam pentadbiran tempatan.

Ujarnya, penambahan Ahli Majlis akan memperkasa pemantauan terhadap projek serta perkhidmatan yang dilaksanakan, selain memastikan keperluan rakyat dipenuhi secara lebih berkesan.

RUU ini dijangka memberi impak positif dalam merapatkan jurang antara pihak berkuasa tempatan dan masyarakat, sekaligus menjadikan pembangunan Sarawak lebih inklusif dan berpaksikan rakyat.

Sumber: UKAS

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok