• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 May 2025 | 10:29 AM

LAKMNS Jangka 30,000 Pengunjung Bakal Hadir Festival Maal Hijrah 2025 Jun Ini

KUCHING – Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) menjangkakan lebih 30,000 pengunjung bakal hadir memeriahkan Festival Maal Hijrah 2025 yang akan berlangsung selama 10 hari bermula 20 hingga 29 Jun ini di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, berkata pihaknya optimis sambutan tahun ini lebih meriah berbanding penganjuran sebelum ini yang hanya berlangsung selama tiga hari.

Menurutnya, lebih 3,000 orang dijangka bakal hadir setiap hari dan masyarakat luar Kuching juga dijangka turut sama menyertai festival ini memandangkan pengisiannya yang pelbagai dan terbuka kepada semua.

Bercakap dalam sidang media yang diadakan di Bilik Seminar Baitul Makmur II hari ini, Datuk Wahap menegaskan bahawa antara aktiviti utama yang bakal dianjurkan termasuk Malam Cinta Rasul, Bicara Ilmiah Wanita (BIWANI), kayuhan santai, pameran agensi, dan pelbagai pertandingan sukan seperti badminton, tenpin boling dan pickleball.

Jelasnya lagi, festival ini turut dijadikan platform penyampaian ilmu, pengimarahan masjid sebagai pusat komuniti, dan mempromosikan gaya hidup sihat berteraskan nilai agama.

Festival edisi keempat ini akan ditutup secara rasmi pada 29 Jun dan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof.

Datuk Wahap menambah, pelbagai hadiah menarik juga menanti pengunjung bertuah termasuk dua buah motosikal, TV 60 inci, kerusi urut dan pelbagai lagi.

Festival ini bukan sahaja meraikan kedatangan tahun baharu Islam, tetapi turut menjadi jambatan perpaduan dan pengukuhan nilai murni dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di Sarawak.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok