• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 May 2025 | 10:28 AM

DUN Sarawak Lulus RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2025 Secara Sebulat Suara

Kuching, 20 Mei: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2025 dalam persidangan hari ini.

Pindaan tersebut melibatkan sebanyak 24 seksyen serta penambahan tiga seksyen baharu yang merangkumi aspek tafsiran undang-undang, mekanisme penguatkuasaan, dan integrasi teknologi digital.

RUU tersebut telah dibentangkan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, dalam persidangan DUN hari pertama, hari ini.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa pindaan ini bertujuan untuk memperkemas proses operasi, memperkukuh kuasa penguatkuasaan, menambah baik dasar perancangan, dan mengintegrasikan inovasi digital.

Langkah itu diambil bagi memoden dan mempersiapkan kerangka tadbir urus tanah Negeri Sarawak dalam menghadapi cabaran masa depan.

RUU itu juga akan memperkukuh keupayaan Sarawak dalam menangani cabaran baharu dalam tadbir urus tanah secara berkesan, di samping menyokong agenda pembangunan lestari Negeri.

RUU berkenaan telah diluluskan sebulat suara selepas dibahaskan secara terperinci oleh 16 Ahli Dewan lain yang turut mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok