• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 May 2025 | 02:14 PM

Kerajaan Pertimbang Iktiraf Penempatan Seperti Genturong – Jefferson Jamit

KUCHING, 20 Mei – Kerajaan Sarawak akan meneliti dan mempertimbangkan cadangan untuk mengiktiraf penempatan seperti Genturong sebagai kampung yang sah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Jefferson Jamit Unyat.

Beliau yang juga ADUN Bukit Goram berkata, pengiktirafan itu selagi tidak bercanggah dengan undang-undang, termasuklah status pemilikan tanah serta mematuhi kriteria dan syarat pewujudan jawatan Ketua Kaum yang telah ditetapkan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan ADUN Pelagus, Wilson Nyabong Ijang semasa Mesyuarat Pertama Persidangan DUN Sarawak Ke-19 di Kuching, pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa setakat ini terdapat 14 buah Genturong yang telah diiktiraf di Daerah Kapit.

Antaranya termasuk Genturong Iban Bersatu di Nanga Sebaning, Genturong Lepong Panjai, Genturong Pelajau Jaya dan Genturong Selepong 3 (Serogan).

Tambah Datuk Jefferson, pengiktirafan ini penting bagi memberi hak dan kemudahan setara kepada penduduk kawasan terbabit, selaras dengan peralihan ramai penduduk luar bandar ke kawasan bandar dan pinggir bandar.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok