• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 May 2025 | 02:24 PM

Kerjasama Antara PETROS dan PETRONAS Dijangka Dimuktamadkan Dalam Masa Terdekat

Kuching, 19 Mei: Kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) dan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) diharap dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerjasama tersebut diyakini akan membawa banyak manfaat, khususnya dalam pembangunan rantaian industri minyak dan gas di Sarawak demi kemakmuran bersama.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan kerana bersetuju dengan langkah Kerajaan Sarawak melantik PETROS sebagai pengagregat gas tunggal di negeri itu.

Menurutnya, langkah tersebut selaras dengan syor Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (Inter-Governmental Committee – IGC) 1962 yang telah dilaksanakan menerusi Borneo States (Legislative Powers) Order 1963 oleh Yang di-Pertuan Agong, berdasarkan Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan.

Tegas beliau, hak perlembagaan itu perlu dihormati bagi membolehkan PETROS menjalankan peranannya sebagai pengagregat gas tunggal di Sarawak.

Ia penting bagi memastikan pembangunan industri gas di Sarawak terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan negara.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, hari ini.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok