• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 May 2025 | 01:42 PM

Polis Rakaman Keterangan Anak-Anak Pamela Ling Yueh di Singapura Bantu Siasatan Kes Kehilangan

KUALA LUMPUR, 18 Mei - Polis telah merakam keterangan tiga anak Datin Seri Pamela Ling Yueh di Singapura bagi membantu siasatan kes kehilangan wanita berkenaan, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata selain tiga anak Pamela berusia 18 hingga 20 tahun, polis turut merakam keterangan seorang individu yang juga rakan kepada keluarga wanita itu di Ibu Pejabat Polis Woodlands.

“Ada maklumat yang boleh membantu siasatan terutama tentang pergerakan terakhir Pamela. Antaranya dia masih berhubung dengan keluarganya pada 8 dan 9 April lepas,” katanya kepada pemberita ketika hadir Program Kesejahteraan Komuniti Bandar Selamat ‘PPR Bestari’ di sini, hari ini.

Pada 9 April lepas, Pamela, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya dengan menaiki kereta perkhidmatan e-panggilan.

Laporan polis berhubung kehilangannya diterima pada 3.02 petang hari yang sama. – Bernama

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok