• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 April 2025 | 05:36 PM

Juruterbang Silap Tekan Butang, Pesawat KA-1 Gugur Pod Senjata

SEOUL, 21 April - Kecuaian juruterbang dikenal pasti sebagai punca insiden sebuah pesawat ringan KA-1 menggugurkan dua pod senjata dan tangki bahan api kosong minggu lepas, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan rasmi tentera udara Korea Selatan pada Isnin.

Insiden berlaku pada malam Jumaat ketika latihan penerbangan di ruang udara Pyeongchang, kira-kira 125 kilometer di timur Seoul.

Komponen berkenaan dilaporkan jatuh di kawasan pergunungan dan tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan akibat kejadian itu.

Menurut kenyataan Tentera Udara, juruterbang berkenaan dilaporkan tersilap menekan butang pelepasan kecemasan ketika cuba melaras pemanas dalam kokpit.

Tentera Udara Korea Selatan turut memohon maaf kepada orang awam atas kejadian yang berlaku dan memberi jaminan bahawa langkah pencegahan akan diambil bagi mengelakkan insiden seumpamanya berulang. (Bernama-Yonhap)

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok