• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 April 2025 | 05:36 PM

KPWKM Perluas Program Semai Semangat Patriotisme – Nancy Shukri

KUCHING, 21 April: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang memperluas pelaksanaan program bagi menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat, sebagai sokongan kepada inisiatif pemakaian lencana Jalur Gemilang oleh pelajar yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata mesej berkaitan semangat cintakan negara dan penghormatan terhadap Jalur Gemilang itu akan turut disampaikan menerusi program keibubapaan anjuran kementerian berkenaan.

“Masih ramai yang mengambil ringan betapa pentingnya kita menghormati Jalur Gemilang sebagai rakyat Malaysia. Justeru, program sebegini dianjurkan supaya tidak berlaku kesilapan seperti tertinggal corak atau komponen pada bendera, mahupun kesalahan dalam cara menggantung bendera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Simbolik Pemakaian Lencana Jalur Gemilang bagi Institusi Pendidikan di bawah KPM Peringkat Negeri Sarawak di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Othman Abdul Wahab, di Kuching hari ini.-BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok