ISTANBUL, 21 April - Pelakon Hollywood Angelina Jolie sekali lagi menyatakan sokongan terhadap Gaza, dengan berkongsi laporan organisasi kemanusiaan Doctors Without Borders mengenai krisis kemanusiaan di wilayah itu menerusi hantaran di Instagram.
Dalam hantaran itu, Jolie yang pernah berkhidmat lebih dua dekad sebagai duta khas untuk Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), menampilkan kenyataan organisasi berkenaan yang menyifatkan keadaan di Gaza sebagai “kubur besar bagi rakyat Palestin dan bagi mereka yang membantu,” lapor Anadolu Ajansi.
Hantaran berkenaan turut menyatakan bahawa serangan maut Israel menimbulkan ancaman serius terhadap keselamatan petugas bantuan kemanusiaan dan kesihatan di Gaza.
Kenyataan itu juga menyuarakan harapan agar gencatan senjata dapat diwujudkan semula. (Bernama-Anadolu)
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

21 April 2025 | 05:35 PM