KUCHING, 21 April: Presiden Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Openg menggalakkan lebih banyak perniagaan di negeri ini untuk menyertai Anugerah Kecemerlangan Industri Premier Sarawak (PSIEA) tahun ini.
Katanya, PSIEA adalah anugerah pengiktirafan tertinggi di peringkat negeri yang memberi penghormatan kepada perniagaan cemerlang di Sarawak.
Berucap pada Majlis Pelancaran Anugerah Kecemerlangan Industri Premier Sarawak (PSIEA) 2025 di Kuching hari ini, beliau berkata ia adalah batu loncatan untuk sektor perniagaan di Sarawak mencetuskan transformasi, menjadi penanda aras amalan terbaik dan membina legasi yang berkekalan.
Ujarnya, PSIEA memainkan peranan penting dalam menyokong agenda ekonomi dan produktiviti negeri dalam usaha Sarawak melangkah ke arah negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

21 April 2025 | 05:32 PM