NEWCASTLE, 17 April – Newcastle United melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membelasah Crystal Palace 5-0 di St James’ Park awal hari ini.
Kemenangan kali keenam berturut-turut itu memberi kelebihan lima mata untuk Newcastle mengatasi Chelsea yang berada di tangga keenam, sekaligus mencerahkan peluang layak ke Liga Juara-juara musim depan.
Palace pula berada di tangga ke-12 dengan tumpuan kepada aksi separuh akhir Piala FA menentang Aston Villa akhir bulan ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

17 April 2025 | 05:24 PM