ISTANBUL, 17 April - Amerika Syarikat (AS) mengumumkan China kini berdepan kadar cukai baharu sehingga 245 peratus, ekoran tindak balas perdagangan oleh Beijing, menurut kenyataan Rumah Putih pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Langkah itu menyusuli arahan pentadbiran terbaharu Presiden Trump yang melancarkan siasatan keselamatan negara terhadap import bahan mentah penting.
Arahan itu turut memperincikan penjelasan untuk tarif timbal balik yang diumumkan pada 2 April lalu.
“China kini berdepan tarif sehingga 245 peratus ke atas import ke AS susulan tindak balas perdagangan mereka. (Bernama-Anadolu)
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

17 April 2025 | 05:20 PM