MIRI: Polis berjaya menahan lima lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah gereja di sini, semalam.
Memetik kenyataan dikongsikan di laman Facebook rasmi Polis Daerah Miri, tangkapan dibuat dalam satu operasi yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar Taman Tunku Miri dan Bekenu.
Katanya, kejadian pecah masuk dilaporkan berlaku pada Mac lalu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.
Dalam operasi tersebut, pihak polis berjaya menemukan beberapa barangan curi termasuk sejumlah alat muzik.
Polis turut merampas sebuah kereta yang dipercayai digunakan semasa kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

17 April 2025 | 05:17 PM