HANOI, 10 April - Angka korban akibat gempa bumi yang melanda Myanmar pada 28 Mac lalu meningkat kepada 3,649 orang, manakala 5,018 lagi dilaporkan cedera dan 145 masih hilang, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik pasukan penerangan Majlis Pentadbiran Myanmar.
Menurut Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Myanmar, sebanyak 98 gegaran susulan telah direkodkan sehingga 8 April, dengan kekuatan antara 2.8 hingga 7.5 pada skala Richter.
Negara itu kini menamatkan fasa mencari dan menyelamat, dan secara rasmi memasuki fasa pemulihan dan pembinaan semula. (Bernama-VNA)
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

10 April 2025 | 05:37 PM