SYDNEY, 10 April - Pihak berkuasa kesihatan negeri New South Wales (NSW), Australia mengeluarkan amaran kesihatan awam berhubung penyakit Legionnaires di kawasan pusat bandar Sydney, lapor Xinhua.
Menurut Jabatan Kesihatan NSW, lima individu yang disahkan menghidap penyakit Legionnaires baru-baru ini mengunjungi CBD Sydney semasa tempoh pendedahan mereka.
Amaran itu menyatakan kesemua lima pesakit mengalami gejala antara 30 Mac hingga 4 April selepas berada di kawasan pusat bandar Sydney.
Penyakit Legionnaires merupakan sejenis radang paru-paru yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Legionella, yang secara semula jadi terdapat dalam air tawar.
Gejala biasanya muncul dalam tempoh dua hingga 10 hari selepas terdedah, dan pada peringkat awal mungkin melibatkan simptom seperti sakit kepala, demam serta batuk ringan.(Bernama-Xinhua)
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

10 April 2025 | 05:36 PM