PADAWAN, 10 April – Seorang remaja perempuan dikenali sebagai Trasi Eklisia McDavvonnick Erick, telah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah pada 7 April lalu, sekitar jam 9 malam.
Ketua Polis Daerah Padawan, Supt. Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, berkata Trasi yang berasal dari Kampung Maang, Batu 24 Jalan Kuching-Serian, tidak pulang ke rumah dan sehingga kini masih belum dapat dikesan.
Menurutnya dalam satu kenyataan hari ini, remaja berusia 13 tahun itu juga tidak dilaporkan menggunakan sebarang kenderaan semasa keluar dari rumah.
Pihak polis kini sedang giat menjalankan siasatan dan usaha pencarian bagi mengesan remaja berkenaan.
Selain itu, polis turut meminta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan lokasi atau keberadaan Trasi agar segera menghubungi ASP Sylvarius Gogop di talian 013-8637241 atau Pegawai Penyiasat Kes, Koperal Sulaiman Taha di talian 012-8908262 atau Bilik Gerakan Padawan 082-862233.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

10 April 2025 | 05:33 PM