Kuching, 9 April: Sarawak akan tampil dengan penganjuran acara sukan bersempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 Sarawak, tahun ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, penganjurannya akan melibatkan tiga zon iaitu di Kuching, Sibu dan Miri.
Katanya, setiap zon akan bertindak sebagai penganjur untuk sukan-sukan tertentu, yang akan ditetapkan dalam masa terdeka.
Tambah beliau, penganjurannya juga tidak semestinya akan dilangsungkan secara serentak kerana mengambil kira tugasan hakiki para pengamal media yang sibuk.
Sehubungan itu, penganjuran acara sukan tersebut berkemungkinan akan diadakan pada waktu hujung minggu.
Bagaimanapun, ia bergantung dengan kerjasama persatuan perhubungan wartawan di setiap zon untuk melaksanakan acara sukan tersebut.
Beliau berkata demikian semasa ditemui media dalam Majlis Berambeh Raya UKAS, di Kuching, hari ini.
#BilikBeritaCats #Catsfm

BILIK BERITA CATS

10 April 2025 | 05:27 PM