KOTA SAMARAHAN, 10 April: Tiga individu cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Samarahan Expressway, kira-kira jam 11.10 malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata akibat daripada perlanggaran itu, salah sebuah kereta iaitu Toyota Vios, terbalik lalu terbakar.
Kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan orang awam.
Mangsa yang mengalami kecederaan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

10 April 2025 | 05:27 PM