JEDDAH, 9 April - Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memberi amaran kepada mereka yang berhasrat menunaikan ibadah haji agar tidak berurusan melalui saluran tidak rasmi, sambil menegaskan, kemasukan bagi tujuan haji mesti melalui visa haji rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa Arab Saudi, menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Visa boleh diuruskan melalui penyelarasan dengan pejabat urusan haji di 80 negara atau menerusi platform Nusuk Hajj yang ditetapkan bagi jemaah dari lebih 126 negara, membolehkan tempahan dibuat secara terus menerusi platform berkenaan. (Bernama-SPA)
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

10 April 2025 | 05:25 PM