• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

04 April 2025 | 03:37 PM

RM3.5 Juta Diperuntukkan, Baik Pulih Jalan Di Tanjung Assam Spaoh – Mohammad Razi

Spaoh, 4 April: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Datuk Mohammad Razi Sitam, hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM3.5 juta untuk kerja-kerja baik pulih jalan di Tanjung Assam, Spaoh.

Beliau dalam ucapannya berkata, usaha tersebut bertujuan untuk memastikan masyarakat di kawasan tersebut menikmati kemudahan jalan yang lebih selamat dan berkualiti.

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa kerja-kerja pembinaan jalan kebun di kampung tersebut juga sedang giat dilaksanakan oleh Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

Setelah siap, ia dijangka akan membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk setempat serta memperluas rangkaian terhadap potensi kepada peluang-peluang yang lain.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Kampung Tanjung Assam bersama Ranting PBB Zon 1 N35 Saribas, hari ini.

Terdahulu, majlis yang dihadiri kira-kira 200 orang itu, berlangsung seawal jam 9 pagi tadi di Gelanggang Futsal, Kampung Tanjung Assam, yang juga dihadiri oleh Ahli Parlimen Betong, Dato' Dr. Richard Rapu.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok