• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

04 April 2025 | 03:34 PM

Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan Kekalkan Pendakwaan Presiden Yoon

SEOUL, 4 April - Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan pada Jumaat mengekalkan pendakwaan Yoon Suk Yeol, menggugurkan beliau daripada jawatan presiden atas tindakannya melaksanakan undang-undang tentera dalam tempoh singkat pada Disember lepas.

Keputusan itu yang dibacakan oleh pemangku ketua hakim Moon Hyung-bae dan disiarkan secara langsung di televisyen, berkuat kuasa serta-merta sekali gus mewajibkan negara itu mengadakan pilihan raya presiden awal untuk memilih pengganti Yoon dalam tempoh 60 hari, yang dijangka berlangsung pada 3 Jun, lapor agensi berita Yonhap.

Yoon menghadapi pendakwaan di Parlimen yang dikuasai pembangkang pada pertengahan Disember atas tuduhan melanggar Perlembagaan dan undang-undang dengan mengisytiharkan undang-undang tentera pada 3 Dis, mengerahkan tentera ke Parlimen bagi menghalang penggubal undang-undang daripada membatalkan dekri itu serta mengarahkan penahanan ahli politik.

Yoon bagaimanapun menafikan semua pertuduhan. (Bernama-Yonhap)

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok