• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

02 April 2025 | 12:41 PM

Tourism Malaysia meneruskan usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 sempena Hari Raya

KUCHING, 1 April: Tourism Malaysia meneruskan usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 dengan menganjurkan Program Keraian Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi menyambut kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini.

Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Sarawak, Kevin Jantan Robert Bidi berkata program itu diadakan secara serentak di lima lapangan terbang di seluruh Malaysia iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Beliau ketika ditemui pemberita berkata sambutan itu akan diteruskan pada perayaan Hari Gawai, Deepavali dan Hari Krismas tahun ini.

Sementara itu, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Desmond Douglas Jerukan berkata program anjuran Tourism Malaysia itu adalah bertepatan dengan sasaran kementeriannya untuk mencapai 5 juta pelancong di Sarawak pada hujung tahun ini.

Katanya, untuk mencapai sasaran itu, kementeriannya perlu memastikan lebih 200,000 pelancong berkunjung ke Sarawak setiap bulan.

Ujarnya lagi, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak sangat yakin dapat mencapai sasaran 5 juta pelancong ke Sarawak tahun ini kerana telah merancang pelbagai acara besar yang boleh menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri ini.

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok