MUKAH, 27 Mac: Seorang pekerja syarikat pendawaian dikhuatiri lemas selepas tercampak dari bot yang dinaikinya di Sungai Batang Igan, Bungan Kecil sekitar jam 2.30 petang semalam.
Bagaimanapun usaha mencari mangsa Saffuan Zaffarin berusia 30 tahun sehingga lewat petang semalam gagal ditemukan.
Ketika insiden bot dinaiki mangsa melanggar sebatang kayu hanyut di sungai, menyebabkan mangsa tercampak.
Operasi memcari dan menyelamat (SAR) diteruskan hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM
Back
BILIK BERITA CATS
27 March 2025 | 12:31 PM