• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

26 March 2025 | 02:15 PM

RM12.64 juta rokok kretek pelbagai jenama dipercayai tidak bercukai

KUCHING, 26 Mac: Cubaan penyeludup menyimpan rokok kretek di kawasan terpencil di sebuah premis tanpa nama di Jalan Semaba, Batu 5, gagal apabila perbuatan itu terbongkar dalam serbuan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak, pada 12 Februari lalu.

Pengarah JKDM Sarawak Norizan Yahya berkata dalam serbuan kira-kira jam 9.30 pagi itu, sejumlah 16,655,000 batang rokok kretek pelbagai jenama dipercayai tidak berkastam disembunyikan di dalam premis itu membabitkan nilai rampasan RM12.64 juta termasuk cukai.

Bercakap pada sidang media di Kuching hari ini, beliau berkata premis itu dijadikan tempat penyimpanan rokok sebelum diedarkan di pasaran tempatan.

Katanya, seorang lelaki warganegara berusia 44 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Selain itu, ujarnya, sebuah lori jenama Toyota yang disyaki untuk mengangkut rokok tersebut turut disita dengan anggaran nilai RM80,000.

Norizan memberitahu ia merupakan rampasan terbesar JKDM Sarawak tahun ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang boleh dikenakan denda tidak kurang dari sepuluh kali nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih dari dua puluh kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar atau dipenjara tidak kurang dari enam bulan atau tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Norizan turut menyeru orang ramai untuk membantu JKDM Sarawak dalam memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok