• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 March 2025 | 04:43 PM

Pengorbanan anggota polis harus disyukuri, dihargai - Fadillah

KUALA LUMPUR, 25 Mac - Semangat dedikasi dan pengorbanan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bukan sahaja rela berkhidmat sepanjang masa, tetapi sentiasa bersedia berkorban nyawa demi rakyat serta negara tercinta, harus disyukuri dan dihargai.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tiada harta di dunia ini yang dapat membalas jasa dan pengorbanan semua anggota keselamatan negara.

"Semoga setiap titis keringat yang ditabur mendapat ganjaran kebaikan dan dikurniakan kerahmatan," kata Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menerusi hantaran di Facebook.

Sempena Hari Polis ke-218 yang disambut hari ini, Fadillah berkata tema 'Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada' adalah slogan keramat yang dipegang seluruh pegawai dan anggota PDRM dalam memberi perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat serta keamanan negara.

"Terima kasih wira dan wirawati negara. Jasa kalian semua hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. Selamat Menyambut Hari Polis ke-218," katanya. – BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok