• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 March 2025 | 10:36 PM

PERKIM Tekankan Peranan Kebajikan, Keagamaan dan Pendidikan

KUCHING, 22 Mac — PERKIM Cawangan Kuching bukan sekadar menjalankan aktiviti kebajikan, tetapi turut memfokuskan aspek keagamaan dan pendidikan bagi membantu masyarakat setempat.

Komitmen ini ditekankan oleh Pengerusinya, Dato’ Sri Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi, ketika berucap pada Majlis Sumbangan Aidilfitri 2025 ‘Indahnya Raya’ yang berlangsung di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Petra Jaya pada Sabtu.

Dalam ucapannya, Dato’ Sri Sharifah Mordiah menegaskan bahawa keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan sentiasa menjadi keutamaan sejak beliau menerajui PERKIM Cawangan Kuching lebih 30 tahun lalu.

Beliau turut berkata masalah kemiskinan masih wujud di Bandaraya Kuching, walaupun secara zahirnya kelihatan pesat membangun.

Menurutnya, penghijrahan masyarakat dari luar bandar ke bandar telah menyebabkan segelintir penduduk bergelut dengan kos sara hidup.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan masyarakat agar tidak membuat tuduhan atau menghasut orang lain sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima bantuan.

Katanya, jumlah penerima bantuan adalah terhad mengikut peruntukan yang diterima PERKIM Cawangan Kuching.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok