PELABUHAN KLANG, 21 Mac - Polis menggagalkan cubaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 33,200 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.062 bilion, yang diletakkan bersama tong dram berisi lilin parafin di Pelabuhan Barat pada 25 Jan lepas.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman DCP Mat Zani @ Mohd Sallahuddin Che Ali berkata, dadah itu dirampas selepas pihaknya menyerbu sebuah gudang di pelabuhan berkenaan, dan menemukan 166 tong dram berisi bahan larangan itu di dalam dua kontena.
“Pemeriksaan terhadap kedua-dua kontena masing-masing menemukan 83 tong dram berwarna biru bertulisan Paraffin Wax 3-5 peratus mengandungi pepejal mampat berwarna putih kekuningan disyaki dadah jenis methamphetamine,” katanya pada sidang media di Balai Polis Port Klang hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM