MUKAH, 21 Mac - Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang sejak 18 Mac lalu, ditemukan selamat sekitar 9.55 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah (KPD) Mukah, Deputi Superintenden Polis (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, mangsa, Desmond Irang Juli berusia 12 tahun, beralamat di Rumah Lang, Nanga Meruan Dijih, Selangau, ditemukan pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan hutan lebih kurang 50 meter daripada rumah panjang.
“Kanak-kanak tersebut kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Selangau untuk pemeriksaan lanjut.
“Dengan penemuan tersebut, SAR yang diaktifkan sejak 8.00 pagi, 21 Mac telah ditamatkan pada 10.30 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
DSP Muhamad Rizal turut mengucapkan terima kasih kepada media, agensi yang terlibat dan orang ramai yang turut membantu dalam usaha mengesan orang hilang berkenaan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

22 March 2025 | 10:22 PM