KUALA LUMPUR, 21 Mac: Kerajaan akan mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Dua mulai Isnin ini (24 Mac), yang melibatkan peruntukan RM1.7 bilion berbanding RM1.5 bilion pada tahun lepas.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan 8.5 juta penerima terdiri daripada 60 peratus rakyat dewasa Malaysia, bakal mendapat bantuan sehingga RM650 menerusi STR Fasa Dua.
Kerajaan MADANI kekal peka akan keperluan golongan terbanyak dalam mengharungi beban kos sara hidup, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.-BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM
Back
BILIK BERITA CATS
21 March 2025 | 04:16 PM