SERIAN, 16 Mac – Empat lelaki cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kampung Panchor, dekat sini, pagi tadi.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kejadian berlaku sekitar jam 9:54 pagi dan melibatkan sebuah Toyota Hilux dan Toyota Corolla.
Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian yang diketuai oleh PBK II (TBBK I) Bujang Ina susulan itu segera dikejarkan ke lokasi bersama lima anggota dengan sebuah jentera FRT dan satu unit EMRS.
Setiba di lokasi, pasukan penyelamat mendapati terdapat empat mangsa, terdiri daripada dua lelaki dewasa masing-masing di dalam dua buah kenderaan tersebut.
Bujang berkata, salah seorang mangsa dari Toyota Corolla tersepit di tempat duduk hadapan dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba. Manakala tiga mangsa lain berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.
Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Serian untuk tindakan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM