• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

03 December 2024 | 01:57 PM

JBPM Sarawak bersiap sedia hadapi kemungkinan banjir di Sarawak

Kuching, 2 Disember: Cuti anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak telah dibekukan bermula semalam sebagai persediaan menghadapi banjir yang dikhuatiri berlaku pada bila-bila masa.

Pemangku Pengarah JBPM Negeri Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, walaupun keadaan di Sarawak belum kritikal, tetapi pihaknya akur atas arahan pihak atasan. 

Katanya, anggota yang bersiap sedia melibatkan keanggotaan tetap JBPM Sarawak seramai 1,284 orang dan akan dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela seramai 1,480 orang.

Tambah beliau, setakat ini, Daerah Kapit dikenal pasti sebagai kawasan titik panas untuk pemantauan, disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan keadaan air pasang.

Sementara itu, pihaknya juga sudah bersedia dari segi logistik setelah semua aset dan keperluan sudah ditambah baik sejak bulan September lepas.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Seminar Organisasi Keselamatan Kebakaran bagi Premis Ditetapkan JBPM Tahun 2024 Peringkat Sarawak di Kuching, hari ini.

Dalam pada itu, dalam sidang media sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Dato' Ahmad Izram Osman, berkata sehingga jam 6 pagi tadi, terdapat 9 negeri terjejas akibat banjir yang melibatkan 38 daerah.

Menurut beliau, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah membuka sebanyak 633 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menempatkan seramai 137,410 orang mangsa di negeri dan daerah yang terlibat. 

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok