• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 November 2024 | 04:09 PM

159 sekolah daif di Sarawak terima sumbangan STAM 2024

KUCHING, 29 Nov: Sebanyak 159 buah sekolah daif di Sarawak menerima sumbangan daripada STA Mutual Fund (STAM) tahun ini.

Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Industri Kayu Sarawak (PUSAKA), Zainal Abidin Abdullah berkata STAM yang diperkenalkan sejak 2012 merupakan saluran dana yang ditubuhkan oleh Persatuan Kayu-Kayan Sarawak (STA).

Katanya, sumbangan itu disalurkan kepada sekolah-sekolah untuk mempertingkatkan pembelajaran di sekolah melalui bantuan kewangan, mempromosikan sumbangan industri perkayuan, membantu pelajar kurang berkemampuan serta menggalakkan kesedaran alam sekitar kepada pelajar sekolah.

Katanya, sumbangan tersebut bertepatan dengan dasar pendidikan negeri di mana kerajaan dan pihak swasta bekerjasama dalam Pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan di Sarawak

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan PUSAKA 2024, Penyampaian Sumbangan Kewangan STA Mutual Fund (STAM) Sdn.Bhd dan Pengagihan Benih Buluh kepada sekolah di Dewan Seminar PUSAKA, Wisma Sumber Alam, Kuching hari ini.

Hari ini, sebanyak 33 buah sekolah daif di Wilayah Selatan iaitu 26 sekolah rendah dan tujuh sekolah menengah menerima sumbangan itu yang berjumlah RM40,000.

Sebelum ini, PUSAKA telah mengagihkan sumbangan tersebut kepada 92 sekolah daif di Wilayah Tengah dan 33 sekolah di Wilayah Utara.

Zainal berharap STAM akan terus menyediakan sumbangan untuk sekolah-sekolah daif di negeri ini pada masa hadapan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok