• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 November 2024 | 04:08 PM

Tidak Ada Sebab untuk Tidak Berpuas Hati Dengan Nama Pantai-Pantai Sarawak - Abdul Karim

Kuching, 28 November: Tidak ada sebab untuk tidak berpuas hati berhubung status nama pantai-pantai Sarawak. 

Demikian menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, yang menegaskan pendapat peribadinya berhubung isu penamaan semula yang dibangkitkan oleh China beberapa tahun ini.

Katanya, sekiranya mereka mahu nama tersebut ditukar, maklumkan kepada kerajaan negeri untuk dipertimbangkan. 

Bagaimanapun, beliau menegaskan pendiriannya bahawa kawasan tersebut adalah milik Sarawak.

Katanya, pantai-pantai tersebut telah lama digunakan oleh masyarakat Sarawak untuk pelbagai kegiatan tanpa sebarang isu. 

Namun, tuduhan daripada China baru-baru ini telah menimbulkan persoalan mengenai hak milik kawasan berkenaan.

Menurut beliau, Sarawak berpegang dengan undang-undang daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1982, yang tidak mengiktiraf tuntutan China terhadap kawasan-kawasan tersebut.

Akan tetapi, ia bergantung kepada keputusan kerajaan persekutuan untuk menangani isu ini dengan pihak-pihak yang terlibat.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan media berhubung isu berkenaan dalam satu sidang media di Kuching hari ini.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok