SRI AMAN, 28 Nov: Seorang lelaki yang hilang di Rh Jinis, Tekalong, Skim Melugu sejak 20 November lalu meninggal dunia hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat Jackson Bar Runi, 23 tahun dijumpai terapung di hilir Sungai Dor pada jarak 1.6 kilometer dari rumah mangsa jam 10.25 pagi.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan seterusnya.
Susulan penemuan mangsa, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan hari ini.
Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah dan gagal balik sehingga hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM