Kuching, 28 November: Inisiatif Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menganjurkan Bengkel Sayembara Pantun Lakon dilihat sebagai satu langkah signifikan dalam memartabatkan seni berpantun dalam kalangan generasi muda.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, sayembara tersebut diadakan untuk memastikan tradisi berpantun terus diwarisi oleh generasi muda.
Usaha ini secara tidak langsung menjadi platform untuk menonjolkan bakat dan kreativiti, selain memberi peluang untuk mempelajari teknik penulisan dan penyampaian pantun secara profesional.
Katanya, inisiatif ini juga dapat memantapkan penguasaan peserta terhadap warisan budaya bangsa.
Tambah beliau, penganjurannya diharap dapat melahirkan lebih ramai individu yang memartabatkan seni pantun, sekaligus mengangkat martabat bahasa dan budaya Melayu di peringkat global.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Pelancaran Buku Himpunan Antologi Pantun Lakon di Auditorium DBKU, hari ini.
#BilikBeritaCats #Catsfm